Makluman

**Blog ini sudah tidak aktif. Namun akan dikekalkan sebagai rujukan. Sila ke laman web kami di WWW.SRIAS-SAIDIYYAH.EDU.MY untuk maklumat terkini atau klik gambar di atas.....

Khamis, 3 November 2011

Outdoor 2011 Di D’Kok Eco Camp

Seramai lebih kurang 160 peserta yang terdiri daripada semua guru dan pelajar-pelajar tahun 4,5 dan 6 telah menyertai 'Outdoor' pada 29-30 Oktober 2011 yang lalu.

Program ini telah diadakan di D'KOK ECO CAMP, Kg Talang, Kuala Pilah,NS.

 

1-D'KOK ECO CAMP

Jumaat, 14 Oktober 2011

ANUGERAH PANGKAT LANS KOPERAL

Dataran SRIAS,12 Oktober 2011- Satu majlis ringkas telah diadakan pada jam 7.45 pagi bagi penyerahan pangkat Lans Koperal kepada 33 orang pelajar tahun 5 yang layak setelah ujian dilaksanakan.

DSC03264

DSC03262

Penganugerahan Lans Koperal ini telah duji dari segi;

* kawad

*BaSeD

*Bantu Mula

*Ikatan

*Keusahawanan

*Ketatanegaraan

*Ujian bertulis

Selasa, 2 November 2010

PERKHEMAHAN LUARAN SRIAS

Pada 29-31 Oktober 2010 yang lepas iaitu selama 3 hari 2 malam, SRIAS telah mengadakan perkhemahan luaran di Kem Sri Pilah.
Seramai hampir 200 orang menyertai termasuk guru-guru.


Jumaat,29 Oktober 2010-Jam 3.00petang semua berkumpul di SRIAS

3.45petang mula bertolak menuju ke Kem Sri Pilah.

 Bagi yang berminat untuk mengadakan program bolehlah menghubungi talian di papan tanda ini.


HARI PERTAMA DI KEM

Tiba di kem lebih kurang jam 4.30petang dan mendengar taklimat daripada Mu'allim Farhan.

Aktiviti 'buka kampung'.

Solat Maghrib dan bacaan Al-Ma'tsurat dipimpin oleh Mu'allim Ariff.

Slot seterusnya oleh Mu'allim Ariff dengan ceramahnya berkaitan dengan Aqidah.

Selepas solat isya', Ustaz jemputan iaitu Ml Syafiq menyampaikan slot ceramah "Zikir dan Kasih Ibu".
"Cuba dapatkan suapan makanan dari ibu masa kita dah besar ini, kerana ianya amat berharga dan sebagai kenangan manis buat kita".

 Selesai ceramah, Mu'allim Ariff memimpin bacaan tadarus Al-Qur'an sebelum semua masuk tidur.
Related Posts with Thumbnails