Makluman

**Blog ini sudah tidak aktif. Namun akan dikekalkan sebagai rujukan. Sila ke laman web kami di WWW.SRIAS-SAIDIYYAH.EDU.MY untuk maklumat terkini atau klik gambar di atas.....

Selasa, 2 November 2010

PERKHEMAHAN LUARAN SRIAS

Pada 29-31 Oktober 2010 yang lepas iaitu selama 3 hari 2 malam, SRIAS telah mengadakan perkhemahan luaran di Kem Sri Pilah.
Seramai hampir 200 orang menyertai termasuk guru-guru.


Jumaat,29 Oktober 2010-Jam 3.00petang semua berkumpul di SRIAS

3.45petang mula bertolak menuju ke Kem Sri Pilah.

 Bagi yang berminat untuk mengadakan program bolehlah menghubungi talian di papan tanda ini.


HARI PERTAMA DI KEM

Tiba di kem lebih kurang jam 4.30petang dan mendengar taklimat daripada Mu'allim Farhan.

Aktiviti 'buka kampung'.

Solat Maghrib dan bacaan Al-Ma'tsurat dipimpin oleh Mu'allim Ariff.

Slot seterusnya oleh Mu'allim Ariff dengan ceramahnya berkaitan dengan Aqidah.

Selepas solat isya', Ustaz jemputan iaitu Ml Syafiq menyampaikan slot ceramah "Zikir dan Kasih Ibu".
"Cuba dapatkan suapan makanan dari ibu masa kita dah besar ini, kerana ianya amat berharga dan sebagai kenangan manis buat kita".

 Selesai ceramah, Mu'allim Ariff memimpin bacaan tadarus Al-Qur'an sebelum semua masuk tidur.


HARI KEDUA DI KEM

Semua bangun seawal jam 4.00pagi untuk Qiamullial. Qiamullial telah dipimpin oleh Mu'allim Abul Hassan.
Selanjutnya solat subuh telah diimamkan oleh Mu'allim Ariff. Kuliah subuh telah disampaikan oleh Mu'allim Ashraf.

 Murid-murid mendengar kuliah subuh.

Slot riadah dipimpin oleh barisan fasilitator daripada pelajar-pelajar UIA dan USIM..

Sesi ta'aruf bersama fasilitator setiap platon.

Tibalah masa sarapan. Mencari sahabat yang setia.
Kenangan manis bersama kawan-kawan, ada yang main suap-suap...

Sesi ceramah bersama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)

Program yang diadakan oleh AADK pada setiap platon membuat persembahan mengikut arahan yang diberikan.


Slot yang dikelola oleh bekas guru SRIAS, Ml Harith dan sahabatnya Abang Faizi yang banyak memberi motivasi kepada semua sehingga ada yang menangis.

 Aktiviti Khidmat Masyarakat di kawasan perkuburan kampung berhampiran.

Mu'allimin mengambil peluang bergambar di depan kem selepas aktiviti khidmat masyarakat.

Solat maghrib diimamkan oleh Mu'allim Syafrudin dan diteruskan dengan ceramah bertajuk Akhlak Sebagai Seorang Mukmin.  
"Kita perlulah menjaga pemakanan kita dari barang-barang yang meragukan dan yang diboikot bagi mengelakkan hati jadi keras....kita bayangkan berada di tempat saudara kita di Palestin, cubalah berkorban untuk umat Islam dengan mencari alternatif yang kini banyak dikeluarkan oleh orang Muslim....".

Selepas solat Isya' slot bersama para fasilitator dengan tayangan dan Gambar Sahabat.
Sebelum masuk tidur, Mu'allim Syafrudin mengepalai tadarus dengan membaca surah Ar-Rahman.

HARI KE-TIGA DI KEM.

Semua bangun Qiamullail seawal jam 4.30pagi. Solat fardu Subuh dan kuliah subuh yang bertajuk Perilbadi Muslim yang telah dipimpin oleh Ustaz Nazri, suami kepada Mu'allimah Zarina. "Kita kena tunjukkan sebagai seorang anak yang soleh, jangan terpengaruh dengan tipudaya Yahudi dan Israel".

Semua memakai "sport cap" sebelum bergerak untuk aktiviti Meredah Hutan.
Ini bagi mengelakkan dari kotoran yang terjatuh semasa meredah hutan.

Mula bergerak ke dalam hutan dan dapat melihat khazanah hutan dan menemui serangga yang jarang-jarang nampak di luar sana.

MAJLIS PENUTUP

Barisan Fasilitator terdiri daripada pelajar-pelajar UIA dan USIM dan majlis penyampaian cenderahari dari pihak SRIAS oleh Mudirah Mu'allimah Norhayati.

 Juga diingati penyerahan cenderahati kepada Komanden kem, Encik Zulkifli yang banyak menbantu melancarkan program.

Selesai majlis penutup semua bersiap-siap untuk bersurai dan mengerjakan solat Zohor.

Dalam perjalanan balik ke Seremban, kami singgah di Muzium Diraja Sri Menanti.


Pemandangan di sekitar Muzium Diraja Sri Menanti.

Lebih kurang jam 4.00petang kami semua tiba di SRIAS.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails