Makluman

**Blog ini sudah tidak aktif. Namun akan dikekalkan sebagai rujukan. Sila ke laman web kami di WWW.SRIAS-SAIDIYYAH.EDU.MY untuk maklumat terkini atau klik gambar di atas.....

Khamis, 21 Oktober 2010

PERKHEMAHAN LUARAN TAHUN 4,5, DAN 6


Kepada,
Ibu bapa / Penjaga Murid
Sekolah Rendah Islam As-Sa’idiyyah

Assalamualaikum wrt.wbt

Tuan,

PROGRAM PERKHEMAHAN LUARAN 2010
Perkara di atas mohon dirujuk.

2.             Dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Sekolah Rendah Islam As-Sa’idiyyah ( SRIAS ) akan mengadakan program Perkhemahan Luaran untuk murid Tahun 4, 5, dan 6 seperti maklumat berikut :

                Tarikh                     : 29, 30, dan 31hb. Oktober 2010
                Masa                       : 3.30 petang ( Jumaat ) hingga 12.30 tengah hari ( Ahad )
                Tempat                  : Kem SriPilah, Sri Menanti, Kuala Pilah.

3.             Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid hidup bermasyarakat dan mengaplikasikan kemahiran TKRSM. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah :
                                i. Ceramah, Kuiz, dan Pameran Agensi Antidadah Kebangsaan ( AADK )
                                ii. Khidmat Masyarakat bersama JKKK Sri Menanti
                                iii. Jungle Trekking dan Aktiviti Tahan Lasak
                                iv. Aktiviti Berkumpulan
                                v. Melawat Muzium Sri Menanti

4.             Sehubungan itu, anak tuan / puan diminta untuk membayar sebanyak RM10.00 seorang bagi menampung kos program. Kami mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk makanan daripada pihak tuan / puan.

Segala kerjasama daripada pihak tuan / puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.


Yang menjalankan amanah,
NORHAYATI BINTI BAHARUM
Guru Besar Sekolah Rendah Islam As-Sa’idiyyah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails